Follow Us On Facebook

Ads 468x60px

Bina Badan Orang Tua - Umur 74 Tahun Badan Tegap Macam Orang Muda

share this :


Dr Jeffry Life, ialah seorang doktor berusia 74 tahun dan bertubuh sasa bak anak muda! Beliau mempunyai badan seorang lelaki separuh usianya. Malah dia mempunyai tahap definisi otot yang ramai lelaki tidak mampu mencapainya. Dengan gaya pertuturan yang sopan, botak dan tegap, Dr. Life yang mengamalkan perubatan keluarga dalam banyak kerjayanya menjadi contoh & idola untuk perniagaan kesihatan beliau.

Dalam usia 50-an, dia sedar bahawa sebagai seorang lelaki berperut gendut pertengahan umur, dia boleh jatuh mati pada bila-bila masa. "Saya telah benar-benar jadi gemuk, ada banyak lemak badan dan hampir mengidap kencing manis dan penyakit jantung," katanya.

Selepas membaca majalah bina badan yang ditinggalkan oleh seseorang dalam biliknya, Dr. Life memutuskan untuk berubah dan mula menjaga kesihatan serta membina tubuh badan yang sihat. Beliau memulakan rejim latihan bina badan intensif di gimnasium dan dalam tempoh setahun berjaya mengubah bentuk badannya menjadi tegap.

Pada tahun 1998 beliau memasuki pertandingan bina badan bagi orang-orang yang telah membuat perubahan dramatik kepada tubuh mereka. Terperanjat apabila beliau memenangi hadiah pertama dalam seksyen itu untuk peringkat usia 55 tahun ke atas. "Ia mengubah hidup saya dan saya berasa hebat," katanya.


Jadi kepada anda yang masih muda atau telah berumur, ayuh kita jadikan beliau sebagai pemberi semangat untuk kita menjaga kesihatan dan membina badan yang tegap dan sihat!

NAK JADI TEGAP MACAM ATUK 74 TAHUN?
KLIK SINI! WWW.JOMBINABADAN.UP.TO
Terima Kasih telah membaca artikel Bina Badan Orang Tua - Umur 74 Tahun Badan Tegap Macam Orang Muda ini, Sobat boleh menyebarkan-nya jika artikel Bina Badan Orang Tua - Umur 74 Tahun Badan Tegap Macam Orang Muda ini bermanfaat. Artikel ini ditulis oleh Arif Stiawan. Jangan lupa beri komen untuk artikel Bina Badan Orang Tua - Umur 74 Tahun Badan Tegap Macam Orang Muda.
Arif Stiawan