Follow Us On Facebook

Ads 468x60px

Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Bina Badan Orang Tua - Umur 74 Tahun Badan Tegap Macam Orang Muda

share this :


Dr Jeffry Life, ialah seorang doktor berusia 74 tahun dan bertubuh sasa bak anak muda! Beliau mempunyai badan seorang lelaki separuh usianya. Malah dia mempunyai tahap definisi otot yang ramai lelaki tidak mampu mencapainya. Dengan gaya pertuturan yang sopan, botak dan tegap, Dr. Life yang mengamalkan perubatan keluarga dalam banyak kerjayanya menjadi contoh & idola untuk perniagaan kesihatan beliau.

Dalam usia 50-an, dia sedar bahawa sebagai seorang lelaki berperut gendut pertengahan umur, dia boleh jatuh mati pada bila-bila masa. "Saya telah benar-benar jadi gemuk, ada banyak lemak badan dan hampir mengidap kencing manis dan penyakit jantung," katanya.

Selepas membaca majalah bina badan yang ditinggalkan oleh seseorang dalam biliknya, Dr. Life memutuskan untuk berubah dan mula menjaga kesihatan serta membina tubuh badan yang sihat. Beliau memulakan rejim latihan bina badan intensif di gimnasium dan dalam tempoh setahun berjaya mengubah bentuk badannya menjadi tegap.

Pada tahun 1998 beliau memasuki pertandingan bina badan bagi orang-orang yang telah membuat perubahan dramatik kepada tubuh mereka. Terperanjat apabila beliau memenangi hadiah pertama dalam seksyen itu untuk peringkat usia 55 tahun ke atas. "Ia mengubah hidup saya dan saya berasa hebat," katanya.


Jadi kepada anda yang masih muda atau telah berumur, ayuh kita jadikan beliau sebagai pemberi semangat untuk kita menjaga kesihatan dan membina badan yang tegap dan sihat!

NAK JADI TEGAP MACAM ATUK 74 TAHUN?
KLIK SINI! WWW.JOMBINABADAN.UP.TO

Panduan Tambah Berat Badan 5kg Dalam 10 Minggu

share this :



Adakah anda terlalu kurus dan tak selesa dengan penampilan diri? Kevin Zahri akan memberikan panduan langkah demi langkah berdasarkan pemakanan Malaysia, senaman dan juga suplemen untuk menambah 5kg dalam masa 10 minggu dalam ebook beliau ; Panduan Tambah Berat Badan 5kg dalam 10 Minggu!


Dalam ebook ini, Kevin Zahri memberikan anda ;

- Pelbagai tips-tips pemakanan dan diet ala gaya hidup di Malaysia tanpa perlu berlapar.
- Panduan tips video dalam Bahasa Malaysia
- eBook ini adalah dalam bentuk high-res PDF yang boleh dibaca di mana-mana, termasulah iPhone, iPad, laptop dan lain-lain.


Tahukah anda bahawa proses yang diambil untuk menambah berat badan memang lebih lama dari proses nak kuruskan badan?! Kenapa? Kerana senaman tidak dapat membantu menaikkan berat badan. Malah senaman yang kita lakukan untuk menaikkan berat badan akan membakar kalori ... jadi proses penambahan berat badan bergantung 100% kepada pemakanan. So masa yang diperlukan untuk menaikkan berat badan pun lebih lama.

Kenapa makan banyak pun tidak membawa hasil?

Ramai orang yang kurus pernah melalui masalah ini. Makan banyak macamana pun tak dapat nak mengubah berat badan mereka. Bukan salah makanan tetapi salah anda sendiri yang tidak memahami bahawa selain makanan, badan anda perlukan sebab ataupun penggalak untuk membesar. Itupun kalau anda makan appeton weight gainer semata-mata pun tidak berkesan!

Adakah anda perlu senam di gym hari-hari?

Ya, tapi yang penting bukan kuantiti, tapi kualiti senaman anda. Kevin Zahri sediakan jadual lengkap mingguan yang anda boleh ikut selama 10 minggu atau lebih!

Panduan ini sesuai ke untuk wanita?

Memang sesuai! Samada anda seorang atlit bina badan, pengemar fitness mahupun seorang ibu, asas-asas penambahan berat badan tidak berubah. Panduan dalam eBook ini boleh diamalkan oleh semua orang, termasuklah wanita & lelaki.

Bina Pelan Pemakanan Surplus

Untuk tambah berat badan, anda wajib adakan surplus kalori dalam pemakanan seharian. Kevin Zahri akan pimpin anda langkah demi langkah untuk membina pelan pemakanan anda yang unik.
  
Suplemen dan Makanan Tambahan

Ramai yang pernah cuba untuk tingkatkan berat badan pernah cuba pelbagai suplemen. Dalam eBook ini Kevin akan bandingkan dan kongsi baik-buruk setiap suplemen. Semua tip, contoh pelan diet dan kalori makanan ebook ini menggunakan 100% makanan am Malaysia.

Panduan Senaman Berkualiti

Sudah tentu anda tak nak tambah lemak sebagai berat badan yang baru. Di dalam eBook beliau, Kevin akan terangkan panduan dan amalan senaman yang berkualiti.

Untuk download ebook Panduan Tambah 5kg Dalam 10 Minggu, sila klik gambar dibawah!


Tips & Panduan Mempertahankan Diri - 4 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan

share this :

Salam hormat,

Dewasa ini kejadian jenayah dan ancaman daripada musuh boleh terjadi di mana-mana. Oleh itu penting rasanya untuk kita tahu apa tindakan yang perlu diambil sekiranya kita berdepan dengan situasi yang tak disangka sebegini. Maklumlah, 'Malang Tidak Berbau'...

Berikut yang boleh anda lakukan sebagai persediaan...

1. Kekuatan Fizikal

Kuatkanlah fizikal anda. Lakukanlah aktiviti senaman secara rutin yang dapat membantu menguatkan tubuh anda. Sebagai contohnya, aktiviti bangkit tubi dan tekan tubi dapat membina kekuatan pada tubuh bahagian atas anda. Tanpa kekuatan, tumbukan atau tendangan anda tidak mungkin mampu menewaskan penjenayah.

2. Daya Tahan Kardiovaskular Yang Tinggi

Ingat akan prinsip pertahankan diri iaitu lari lebih baik daripada dipukul. Sentiasa bersedia untuk lari kerana itulah pilihan utama anda. Larilah sekuat hati anda sambil menjerit meminta tolong. Namun, anda memerlukan daya tahan kardiovaskular yang tinggi bagi mengelakkan anda keletihan ketika sedang berlari.

3. Jarak Anda.

Apabila anda sedang berhadapan dengan penjenayah dan sedang berkomunikasi dengannya, pastikan anda tidak berdiri terlalu dekat dengan mereka. Wujudkan sempadan dengan mengawal jarak anda sekurang-kurangnya 2 meter. Bercakap dengan nada suara yang tegas dan pandanglah dengan tepat pada matanya. Jangan sesekali terleka dengan terlepas pandang pada penjenayah walaupun sedetik. Ini akan membuka ruang untuk mereka mengambil kesempatan.

4. Pengetahuan Tentang Strategi Dan Teknik Pertahankan Diri

Hadirlah ke mana – mana kursus beladiri atau berdaftarlah sebagai ahli seni beladiri. Belajarlah sebanyak mungkin yang anda mampu terutamanya kaedah melepaskan diri dari pegangan atau pelukan, bagaimana untuk gunakan teknik memanipulasikan sendi ( kuncian ) dan bagaimana untuk berlawan dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring di lantai.

Sekiranya anda berminat untuk menguasai kemahiran tersebut di atas, anda boleh pelajarinya dengan mudah melalui link berikut :


Ikhlas,

Mat BinaBadan


Panduan Membina Otot Belakang Badan

share this :
Sudah tentu anda mahu mempunyai otot bahagian belakang badan yang kental dan pejal tanpa lemak yang memalukan! Dalam klip ini, Brandon Carter akan menunjukkan kaedah latihan membina otot belakang badan yang sangat mudah, tapi memerlukan konsentrasi serta keazaman yang tinggi untuk melakukannya.

Latihan membina otot bahagian belakang badan ini hanya menggunakan peralatan ringkas dan asas serta boleh dilakukan dirumah anda; tanpa membazir wang dan masa di gim! Latihan bina otot ini sangat ringkas dan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat, tapi kesannya sungguh ketara jika anda melakukannya dengan ulangan dan turutan yang konsisten mengikut jadual latihan yang ditetapkan. Lihat video dibawah;

Panduan Membina Otot Hamstring

share this :
Dalam teknik membina otot hamstring (otot belakang paha) ini, anda boleh menggunakan dumbell dan barbell. Kaedah ini menggunakan free weights (beban ringan) serta beban tubuh anda sendiri dengan teknik regangan kepada otot hamstring anda secara perlahan.

Dalam videoklip ini, Les Whitley, pengarah Velocity Sports Performance di Franklin, Tennessee akan mengajar anda teknik membina otot hamstring secara regangan beransur-ansur dengan beban ringan tanpa menggunakan peralatan bina badan yang besar dan berat. Kaedah ini mengurangkan risiko kerosakan otot hamstring yang boleh berlaku dengan latihan mengangkat beban yang berat.

Panduan Membina Otot Paha

share this :
Video ini akan menunjukkan teknik latihan membina otot peha (thigh) anda. Teknik ini boleh dilakukan dirumah dengan menggunakan peralatan asas bina badan seperti dumbell. Baz ialah seorang atlit bina badan berumur 50an! Beliau akan mengajar beberapa teknik ringkas membina otot paha; latihan yang mudah dan ringkas tapi sangat berkesan dan efektif.

Anda tak perlu membazir masa dan wang menjadi ahli kelab gim untuk melakukan teknik ini bagi membina otot paha anda kerana semuanya boleh dilakukan dirumah anda!
Lihat video latihan bina otot paha yang ditunjukkan oleh Baz.




Panduan Membina Otot Betis

share this :
Klip ini akan mengajar anda teknik & latihan membina otot betis yang power! Dengan latihan yang fokus, anda mampu membina otot betis yang kental & besar dalam jangkamasa yang singkat. Dalam video ini, ahli bina badan, Rusty akan menunjukkan 3 latihan asas panduan membina otot betis iaitu;

1. Standing Calf Raises
2. Seated Calf Raises
3. Single Leg Standing Calf Raises





Panduan Membina Otot Perut

share this :
Kunci utama untuk memiliki otot perut yang hebat;
Anda boleh memiliki 6 ketulan otot perut yang hebat, tapi jika ianya dibaluti oleh lemak yang tebal (buncit), siapa pun tak mau ambil peduli! Untuk membuang lemak disekitar bahagian tengah badan terutama perut dan pinggang, anda perlu melakukan latihan kardio yang efektif. Anda tidak boleh terus saja menghilangkan lemak perut hanya dengan melakukan latihan seperti 'sit-up' atau 'crunches'. Cara terbaik ialah dengan membakar lemak itu dengan latihan/senaman kardio yang berterusan. Antara teknik membina otot perut ditunjukkan dalam klip dibawah oleh Brandon Carter.


Panduan Membina Otot Dada

share this :
Dalam klip ini, anda akan didedahkan dengan teknik latihan bina otot dada yang paling senang dan sangat berkesan, iaitu 'push-up'! Latihan ini anda boleh lakukan dimana sahaja tanpa sebarang peralatan kerana ia menggunakan badan anda sebagai beban pemberat. Apapun keselamatan mesti diutamakan dalam setiap latihan, jadi lakukannya dengan berhati-hati. Latihan ini hendaklah berselang 2-3 hari kerana otot anda membesar semasa anda rehat, bukan sewaktu latihan. Lihat video latihan bina otot dada oleh Brandon Carter;

Panduan Membina Otot Bahu

share this :
Ini adalah latihan bina otot bahu yang diamalkan oleh Vince & Lee. Teknik latihan ini ditunjukkan kepada anda melalui beberapa langkah dibawah;

Senarai latihan bina otot bahu;
Latihan 1: Standing Arnold Presses
Latihan 2: Standing W Presses
Latihan 3: Upright Rows
Latihan 4: Bent Over V Raises
Latihan
5: Standing High Lateral Raises

Dalam teknik latihan ini, cuba elakkan dari mengira jumlah rep/ulangan. Cari berat beban yang mampu anda tanggung 10-15 kali dan buat ulangan sehingga anda tidak mampu membuat ulangan lagi. Ulangi latihan 1 hingga 5 tanpa rehat. Ulangi pusingan latihan ini antara 2 hingga 5 kali dengan rehat 2 minit antara setiap pusingan. Selamat mencuba!


Panduan Membina Otot Tricep

share this :
Dalam klip ini, Lee & Vince menunjukkan latihan membina otot tricep cara mudah hanya dengan menggunakan dumbell, iaitu peralatan yang minima sahaja untuk latihan bina otot tricep. Latihan ini dimulakan dengan teknik posisi yg fleksibel. Sila lihat video dibawah.

Panduan Membina Otot Bicep

share this :
Dalam video ini anda akan mempelajari bagaimana teknik membina otot bicep. Lee Hayward dan Vince DelMonte akan melakukan latihan "Las Vegas Pra-Club" bisep Arm Workout. Kita mulai dengan latihan Bicep Curls sambil berdiri, kemudian incline Bench bisep curl, dan disudahi dengan Concentration Curls. Setiap latihan dilakukan dengan 4 set 12-10-8-6 ulangan. Dengan sekitar 30-60 detik rehat antara set. Jika mampu, tambahkan kadar berat yang diangkat dalam setiap set dengan meningkatkan dumbbells sebesar 5 pound sambil mengurangkan kadar ulangan reps bagi setiap set. Sila lihat video dibawah.