Follow Us On Facebook

Ads 468x60px

Showing posts with label latihan. Show all posts
Showing posts with label latihan. Show all posts

Belajar Bina Badan Percuma dengan Vince DelMonte

share this :



Anda kurus & mahu bina otot? Ayuh belajar bina badan dengan Vince DelMonte! Siapa dia ni? Vince DelMonte asalnya seorang yang berbadan kurus kering dan menjadi atlit maraton sewaktu beliau di universiti. Beliau hampir putus asa untuk menaikkan badannya menjadi tegap seperti rakan-rakannya, tapi akhirnya beliau berjaya menjumpai satu teknik bina badan yang sesuai untuk orang kurus.

Akhirnya hingga kini beliau telah menjadi fitness model yang berjaya dan terkenal di USA, Canada & menjadi ikutan oleh ramai yang menjadi ahli program bina badan online yang dikendalikan oleh beliau. Penulis sendiri mengikuti program bina badan yang dikendalikan oleh Vince dan banyak tips yang dikongsikan oleh beliau berjaya membantu penulis dalam usaha membina badan berotot secara natural dengan latihan bina otot yang sistematik tanpa menggunakan steroid.

Dapatkan panduan  bina badan percuma oleh Vince DelMonte di sini  http://www.VinceDelMonteWorkouts.up.to

Dalam lamanweb beliau di http://www.VinceDelMonteWorkouts.up.to , Vince memberikan tips & panduan bina badan percuma yang meliputi pelbagai aspek latihan bina badan dan panduan supplemen bina badan seperti dibawah ;
Jadi bagi anda yang kurus kering dan inginkan satu sistem latihan bina badan percuma yang bersesuaian dengan anda, layari lamanweb Vince DelMonte di sini http://www.VinceDelMonteWorkouts.up.to

Selamat menjana kesihatan & selamat membina badan berotot!





Panduan Membina Otot Belakang Badan

share this :
Sudah tentu anda mahu mempunyai otot bahagian belakang badan yang kental dan pejal tanpa lemak yang memalukan! Dalam klip ini, Brandon Carter akan menunjukkan kaedah latihan membina otot belakang badan yang sangat mudah, tapi memerlukan konsentrasi serta keazaman yang tinggi untuk melakukannya.

Latihan membina otot bahagian belakang badan ini hanya menggunakan peralatan ringkas dan asas serta boleh dilakukan dirumah anda; tanpa membazir wang dan masa di gim! Latihan bina otot ini sangat ringkas dan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat, tapi kesannya sungguh ketara jika anda melakukannya dengan ulangan dan turutan yang konsisten mengikut jadual latihan yang ditetapkan. Lihat video dibawah;

Panduan Membina Otot Hamstring

share this :
Dalam teknik membina otot hamstring (otot belakang paha) ini, anda boleh menggunakan dumbell dan barbell. Kaedah ini menggunakan free weights (beban ringan) serta beban tubuh anda sendiri dengan teknik regangan kepada otot hamstring anda secara perlahan.

Dalam videoklip ini, Les Whitley, pengarah Velocity Sports Performance di Franklin, Tennessee akan mengajar anda teknik membina otot hamstring secara regangan beransur-ansur dengan beban ringan tanpa menggunakan peralatan bina badan yang besar dan berat. Kaedah ini mengurangkan risiko kerosakan otot hamstring yang boleh berlaku dengan latihan mengangkat beban yang berat.

Panduan Membina Otot Paha

share this :
Video ini akan menunjukkan teknik latihan membina otot peha (thigh) anda. Teknik ini boleh dilakukan dirumah dengan menggunakan peralatan asas bina badan seperti dumbell. Baz ialah seorang atlit bina badan berumur 50an! Beliau akan mengajar beberapa teknik ringkas membina otot paha; latihan yang mudah dan ringkas tapi sangat berkesan dan efektif.

Anda tak perlu membazir masa dan wang menjadi ahli kelab gim untuk melakukan teknik ini bagi membina otot paha anda kerana semuanya boleh dilakukan dirumah anda!
Lihat video latihan bina otot paha yang ditunjukkan oleh Baz.




Panduan Membina Otot Betis

share this :
Klip ini akan mengajar anda teknik & latihan membina otot betis yang power! Dengan latihan yang fokus, anda mampu membina otot betis yang kental & besar dalam jangkamasa yang singkat. Dalam video ini, ahli bina badan, Rusty akan menunjukkan 3 latihan asas panduan membina otot betis iaitu;

1. Standing Calf Raises
2. Seated Calf Raises
3. Single Leg Standing Calf Raises





Panduan Membina Otot Dada

share this :
Dalam klip ini, anda akan didedahkan dengan teknik latihan bina otot dada yang paling senang dan sangat berkesan, iaitu 'push-up'! Latihan ini anda boleh lakukan dimana sahaja tanpa sebarang peralatan kerana ia menggunakan badan anda sebagai beban pemberat. Apapun keselamatan mesti diutamakan dalam setiap latihan, jadi lakukannya dengan berhati-hati. Latihan ini hendaklah berselang 2-3 hari kerana otot anda membesar semasa anda rehat, bukan sewaktu latihan. Lihat video latihan bina otot dada oleh Brandon Carter;

Panduan Membina Otot Bahu

share this :
Ini adalah latihan bina otot bahu yang diamalkan oleh Vince & Lee. Teknik latihan ini ditunjukkan kepada anda melalui beberapa langkah dibawah;

Senarai latihan bina otot bahu;
Latihan 1: Standing Arnold Presses
Latihan 2: Standing W Presses
Latihan 3: Upright Rows
Latihan 4: Bent Over V Raises
Latihan
5: Standing High Lateral Raises

Dalam teknik latihan ini, cuba elakkan dari mengira jumlah rep/ulangan. Cari berat beban yang mampu anda tanggung 10-15 kali dan buat ulangan sehingga anda tidak mampu membuat ulangan lagi. Ulangi latihan 1 hingga 5 tanpa rehat. Ulangi pusingan latihan ini antara 2 hingga 5 kali dengan rehat 2 minit antara setiap pusingan. Selamat mencuba!


Panduan Membina Otot Tricep

share this :
Dalam klip ini, Lee & Vince menunjukkan latihan membina otot tricep cara mudah hanya dengan menggunakan dumbell, iaitu peralatan yang minima sahaja untuk latihan bina otot tricep. Latihan ini dimulakan dengan teknik posisi yg fleksibel. Sila lihat video dibawah.