Follow Us On Facebook

Ads 468x60px

Showing posts with label bina. Show all posts
Showing posts with label bina. Show all posts

Panduan Membina Otot Belakang Badan

share this :
Sudah tentu anda mahu mempunyai otot bahagian belakang badan yang kental dan pejal tanpa lemak yang memalukan! Dalam klip ini, Brandon Carter akan menunjukkan kaedah latihan membina otot belakang badan yang sangat mudah, tapi memerlukan konsentrasi serta keazaman yang tinggi untuk melakukannya.

Latihan membina otot bahagian belakang badan ini hanya menggunakan peralatan ringkas dan asas serta boleh dilakukan dirumah anda; tanpa membazir wang dan masa di gim! Latihan bina otot ini sangat ringkas dan dilakukan dalam tempoh masa yang singkat, tapi kesannya sungguh ketara jika anda melakukannya dengan ulangan dan turutan yang konsisten mengikut jadual latihan yang ditetapkan. Lihat video dibawah;

Panduan Membina Otot Hamstring

share this :
Dalam teknik membina otot hamstring (otot belakang paha) ini, anda boleh menggunakan dumbell dan barbell. Kaedah ini menggunakan free weights (beban ringan) serta beban tubuh anda sendiri dengan teknik regangan kepada otot hamstring anda secara perlahan.

Dalam videoklip ini, Les Whitley, pengarah Velocity Sports Performance di Franklin, Tennessee akan mengajar anda teknik membina otot hamstring secara regangan beransur-ansur dengan beban ringan tanpa menggunakan peralatan bina badan yang besar dan berat. Kaedah ini mengurangkan risiko kerosakan otot hamstring yang boleh berlaku dengan latihan mengangkat beban yang berat.

Panduan Membina Otot Paha

share this :
Video ini akan menunjukkan teknik latihan membina otot peha (thigh) anda. Teknik ini boleh dilakukan dirumah dengan menggunakan peralatan asas bina badan seperti dumbell. Baz ialah seorang atlit bina badan berumur 50an! Beliau akan mengajar beberapa teknik ringkas membina otot paha; latihan yang mudah dan ringkas tapi sangat berkesan dan efektif.

Anda tak perlu membazir masa dan wang menjadi ahli kelab gim untuk melakukan teknik ini bagi membina otot paha anda kerana semuanya boleh dilakukan dirumah anda!
Lihat video latihan bina otot paha yang ditunjukkan oleh Baz.




Panduan Membina Otot Betis

share this :
Klip ini akan mengajar anda teknik & latihan membina otot betis yang power! Dengan latihan yang fokus, anda mampu membina otot betis yang kental & besar dalam jangkamasa yang singkat. Dalam video ini, ahli bina badan, Rusty akan menunjukkan 3 latihan asas panduan membina otot betis iaitu;

1. Standing Calf Raises
2. Seated Calf Raises
3. Single Leg Standing Calf Raises





Panduan Membina Otot Perut

share this :
Kunci utama untuk memiliki otot perut yang hebat;
Anda boleh memiliki 6 ketulan otot perut yang hebat, tapi jika ianya dibaluti oleh lemak yang tebal (buncit), siapa pun tak mau ambil peduli! Untuk membuang lemak disekitar bahagian tengah badan terutama perut dan pinggang, anda perlu melakukan latihan kardio yang efektif. Anda tidak boleh terus saja menghilangkan lemak perut hanya dengan melakukan latihan seperti 'sit-up' atau 'crunches'. Cara terbaik ialah dengan membakar lemak itu dengan latihan/senaman kardio yang berterusan. Antara teknik membina otot perut ditunjukkan dalam klip dibawah oleh Brandon Carter.


Panduan Membina Otot Dada

share this :
Dalam klip ini, anda akan didedahkan dengan teknik latihan bina otot dada yang paling senang dan sangat berkesan, iaitu 'push-up'! Latihan ini anda boleh lakukan dimana sahaja tanpa sebarang peralatan kerana ia menggunakan badan anda sebagai beban pemberat. Apapun keselamatan mesti diutamakan dalam setiap latihan, jadi lakukannya dengan berhati-hati. Latihan ini hendaklah berselang 2-3 hari kerana otot anda membesar semasa anda rehat, bukan sewaktu latihan. Lihat video latihan bina otot dada oleh Brandon Carter;